Tuesday, August 9, 2016

Tempat Menarik di Cameron Highlands 2016


    Tempat Menarik di Cameron Highlands

    Cameron Highlands merupakan sebuah destinasi percutian yang terkenal bagi para pelancong. Antara tarikan utama mereka ke sini ialah ladang teh serta kebun strawberry. Terdapat tempat menarik di Cameron Highlands yang juga menjadi tarikan para pelancong.

    Tempat Menarik di Cameron Highlands

    1. Ladang Teh Boh
    2. tag
      Kalau berkunjung ke Cameron Highland jangan lupa singgah di Ladang Teh Boh. Degan suasana yang damai ditambah dengan kehijauan Ladang Teh Boh Cameron Highland ia menjadi sebagai tarikan utama para pelancong. Tidak hairanlah Ladang Teh Boh menjadi satu tarikan dan dimasukkan ke dalam senarai tempat menarik di Cameron Highlands untuk dilawati.
    3. Taman Rama-Rama
    4. tag
      Taman rama-rama atau butterfly garden ini terletak di Kea Farm, terletak di sepanjang jalan utama 3km selepas bandar Brinchang atau 5km dari Tanah Rata ( di hujung jalan dari Copthorne Hotel). Pelbagai jenis spesis rama-rama yang ada di sini. Selain rama-rama ada juga beberapa binatang eksotik lain untuk tontonan umum seperti kala jengking, cicak, serangga kumbang dan juga ular.. Ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM2.
    5. Cactus Valley
    6. tag
      Cactus Valley merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terbesar dan paling popular di Cameron Highlands. Ada juga pokok kaktus di sini dikatakan mencecah usia sehingga enam puluh tahun. Selain pokon-pohon kaktus di sini juga ada beberapa spesis pokok lain seperti pokok buah epal, pokok bunga dan sebagainya. Barang-barang ini ditanam di sini juga untuk dijual kepada pelancong-pelancong yang datang. Dibuka setiap hari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan dikenakan harga tiket sebanyak RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
    7. Big Red Strawberry Farm
    8. tag
      Cameron Highlands adalah pusat pengeluaran strawberi di Malaysia. Destinasi percutian yang menarik di Tanah Rata ini hanya terletak bersebelahan dengan Cactus Valley. Ladang ini menempatkan deretan barisan pokok-pokok buah strawberi yang sangat menarik terutamanya ketika musim berbuah. Suasana di sini juga memang sangat nyaman dan kebersihan landskap ladang ini juga dijaga dengan baik sekali. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.30 am sehinggalah ke 4.30 pm.
      Selain membeli buah strawberi yang sudah tentu sangat segar, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memetik buah merah yang cantik ini pada bayaran yang berpatutan.
    9. Taman Bunga Lavender
    10. tag
      Satu tarikan pelancongan di Cameron Highland yang agak baru iaitu Taman Bunga Lavender. Bagi yang nak photoshot di kelilingi bunga-bunga yang cantik berwarna warni, bolehlah datang ke sini. Taman Bunga Lavender ini yang terletak terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap dibuka untuk lawatan pelancong secara rasminya sekitar 2013 dan suasana taman ini memang sangat cantik dengan barisan-barisan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Pengunjung dikenakan harga tiket sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
      Suasana yang sangat romantik menjadikan Taman Bunga Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highlands. Di sini pengunjung dibenarkan untuk memetik bunga dan akan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga. Dibuka pada hari biasa dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad pula ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 7 malam.
    11. Kea Farm di Brinchang
    12. tag
      Kea Farm pula adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli belah jika ke Cameron Highlands. Ini kerana pelbagai jenis barangan dijual disini dengan harga yang berpatutan. Destinasi ini merupakan pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah-buahan seperti strawberi/jagung/oren, sayur mayur, barangan cenderahati, makanan ringan dan sebagainya.. Antara tarikan utama bila anda ke Kea Farm ialah terdapat pelbagai jenis bunga segar dijual disini.
    13. Pasar Malam Brinchang
    14. tag
      Satu lagi tempat yang menarik di Cameron Highlands untuk dilawati ialah Pasar Malam di pekan Brinchang. Pasar malam Brinchang adalah salah satu tempat yang mesti dilawati bila anda ke Cameron Highlands. Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan lain-lain boleh didapati di sini. Pasar malam ni dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula lewat petang sampailah ke malam. Ia menjadi tarikan utama pelancong untuk membeli berbagai barangan terutama makanan. Orang ramai akan mula datang seawal jam 3 petang untuk mengelakkan kesesakan jalanraya.
    15. Ladang Lebah Ee Feng Gu
    16. tag
      Hanya lima kilometer dari pusat bandar, Ladang Lebah Ee Feng Gu merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands. Ladang ini merupakan tempat pembiakan lebah yang diletakkan di dalam sarang buatan untuk menghasilkan madu. Penjaga lebah disini juga terlatih dan sangat berpengetahuan tentang madu dan penyimpanan lebah. Pelancong sentiasa dialu-alukan ke tempat ini dan setiap penjaga lebah akan sentiasa memberikan anda satu atau dua tip jika anda berminat dengan lebah.
      Masuk ke sini pun percuma dan mungkin satu destinasi yang ideal untuk kanak-kanak untuk lebih mengenali haiwan kecil ini yang sering menjadi watak penting dalam animasi kartun di kaca TV. Pastikan untuk melawat salah satu tarikan Pahang terkenal apabila anda berada di Cameron Highlands. Ia menyediakan maklumat yang menarik mengenai lebah dan landskap memuji yang indah.
    17. Taman AgroTek Mardi
    18. tag
      Taman AgroTek Mardi dikelolai sepenuhnya oleh agensi kerajaan. Terdapat berbagai kemudahan asas yang disediakan didalam Taman AgroTek Mardi antaranya ialah kafe, surau dan tempat permainan untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin melainkan semasa musim cuti umum dan cuti persekolahan. Di dalam Taman Mardi yang seluas lebih 40 hektar ini terdapat beberapa tarikan utama seperti tapak penyemaian, kebun pohon-pohon bunga, ladang dan juga kawasan penanaman untuk pokok-pokok teh. Kepada yang suka makan buah strawberry dan anggur, di sini anda boleh mendapatkan buah yang segar. Dikenakan cas bayaran sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak.
    19. Rose Centre
    20. tag
      Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan sayur-sayuran yang ditanam. Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan cas bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
    21. Muzium Time Tunnel
    22. tag
      Dibina untuk mengekalkan memori bersejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highlands sendiri. Destinasi ini hanya terletak di Brinchang dan lokasi muzium ini juga berada di aras bawah di dalam Ladang Strawberi Kok Lim. Muzium ni sebenarnya memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang peduduk setempat di Cameron. Beliau seorang yang suka akan benda-benda yang antik atau barangan yang berusia. Makin lama usia sesuatu koleksi barangan maka makin berharga nilainya.
      Di Muzium Time Tunnel anda dapat mempelajari sejarah dan cara hidup orang pada zaman dahulu-kala. Pelbagai koleksi barangan antik yang tedapat di sini. Muzium Time Tunnel terletak dikawasan Brinchang. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 6 petang dan kadar bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
      Anda dicadangkan untuk melawat sendiri muzium ini sekiranya anda ingin lebih tahu sejarah tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highlands.
    So itu sahajalah serba sedikit mengenai tempat menarik di Cameron Highlandsbuat tatapan anda. Sekiranya anda ingin berkongsi tempat yang lain boleh la tulis di ruangan komen ye.
    Credit: http://www.destinasipercutian.com/tempat-menarik-di-cameron-highlands.html

    No comments:

    Post a Comment